Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat JKKK akan diadakan pada hari Jumaat 18/12/09 jam 9 malam bertempat di Balairaya Kg Baru Sg Ling. Semua ahli dijemput hadir.
Kg baru Sg Ling telah dibuka dengan rasminya pada 18/11/1958 oleh YB En Abd Aziz b Ishak, Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu. Idea untuk membuka dan memajukan tanah tercetus hasil saranan Setiausaha Agung UMNO Tanah Melayu, En Senu b Abd Rahman, yang telah meminta para pemuda untuk menyahut cabaran kerajaan bagi mengusahakan tanah untuk mempertingkatkan ekonomi di kalangan orang Melayu. Cabaran ini telah disambut oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bukit Canggang Kuala Langat yang diketuai oleh En Mohd Sanosi b Hj Abd Latiff, yang telah mengadakan inisiatif mengumpulkan para pemuda dan mana-mana individu yang inginkan mendapatkan tanah di negeri Pahang. Beberapa perancangan dan permohonan telah dimajukan kepada YB Aziz Ishak seawal tahun 1957 lagi. Ekoran daripada itu, beberapa siri perbincangan telah diadakan dan siri taklimat dari Menteri Pertanian telah diberikan kepada penduduk Kuala Langat berkaitan hal ini. Sehinggalah cadangan ini menjadi kenyataan apabila usaha untuk melihat kawasan serta tapak yang akan mereka terokai nanti. Pada 3hb Julai 1957, Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu bersama rombongan telah datang membuat lawatan ke negeri Pahang bagi mengenal pasti kawasan mana yang akan mereka terokai dan duduk nanti. Hadir sama dalam rombongan ini ialah En Mohd Sanosi b Hj Abd Latiff ketua Projek Pertanian UMNO Bukit Canggang dan En Abd Rahman b Mohd Noh wakil dari Branang Selangor. Pada waktu ini rombongan telah dibawa ke tiga daerah iaitu Bentong, Triang dan Temerloh. En Mohd Sanosi telah berminat dan bersetuju memilih daerah Temerloh, dimana tempatnya berdekatan dengan Kg Paya Pasir. Pada masa itu Daerah Maran masih lagi belum ujud. Jaraknya lebih kurang 35km dari bandar Temerloh. Dalam bulan Julai 1957 juga, Menteri Pertanian YB Aziz Ishak telah berunding dengan kerajaan negeri Pahang untuk menyelesaikan urusan permohonan tanah bagi membolehkan mereka berpindah segera. Berselang sebulan dari tarikh itu seramai 300 keluarga yang terdiri daripada penduduk Kuala Langat dan Kelang telah berhijrah ke Kg Paya Pasir untuk memulakan penghidupan baru bagi mengusahakan tanaman getah. Mereka yang datang telah diberikan satu ekar untuk tapak rumah dan sepuloh ekar untuk tanaman getah. Pada peringkat awal 3000 ekar telah di peruntukan kepada peneroka ini. Namun begitu bilangan ini telah tidak dapat di penuhi kerana berbagai kesukaran yang terpaksa di tempuh waktu itu. Berbekalkan tulang 4 kerat dan peralatan yang paling asas mereka telah memulakan kerja-kerja penebangan hutan pada 3hb Mei 1958. Pada masa itu seluas 100 ekar telah berjaya di terokai. Kesukaran dan keperitan pada waktu itu tidak dapat di gambarkan memandangkan tidak ada mesin dan jentera yang di gunakan untuk kerja-kerja pembersihan hutan. Disamping itu mereka juga tidak mempunyai pendapatan bagi menyara kehidupan seharian. Namun begitu dengan kekuatan dan azam yang kental mereka telah dapat membuka perkampungan ini yang akhirnya dikenali sebagai "KAMPUNG BARU SUNGAI LING" yang mana telah diketuai oleh pelopornya "EN MOHAMAD SANOSI B HJ ABD LATIF". Sekali lagi YB En Aziz b Ishak Menteri Pertanian Persekutuan Tanah Melayu telah merasmikan pembukaannya.
Maklumat Asas Kampung
Parlimen P86 Maran Ahli Parlimen YB Dato' Hj Ismail b Hj Abd Mutalib DUN N26 Chenor Ahli DUN YB Dato' Hj Tan Mohd Aminuddin b Hj Ishak Pegawai Daerah Tuan Fadzilla b Hj Salleh Penghulu Mukim Khairudin b Suhadi Kategori Ketua Kampung Pengerusi JKKK Nama Hamzan Kamar b Mohd Sanosi
Senarai Ahli JKKK
Pengerusi Hamzan Kamar b Mohamed Sanosi Setiausaha Mohd Nor b Senawi Bendahari Hj Iberahim b Abas Ahli Maarof b Tuhirin Zainal Abidin b Bujang Mohd Rade b Darus Mohd Sani b Hamzah Helmi b Emran Mohd Fadzil b Hashim Samsul Azman b Abd Mohid Siti Samiah bt Tukiman Satipah bt Lamen Mohd Salehem b Ismail Marhaini bt Mohamad Hasbollah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan